Saturday, March 20, 2010

putrajaya _180310

Assalamualaikum sume…

Kali ni,cik Ah mewakili cik Nin dan cik Neia (pemalas ye mrk ini) nak share cite tyme kami jalan2 di putrajaya…boleh dikatakan ini adalah 1st tyme kami bertiga mengunjungi putrajaya bersama-sama…kunjungan kami ini sesungguhnya telah menambahkan lagi bilangan tempat yang dilawati sepanjang kami memegang gelaran sebagai student…ini amat penting ye,sebab moment2 ini akan kami abadikan dalam memory otak serta memory dalam camera…he3

Tujuan asal kedatangan kami ke Putrajaya adalah untuk memeriahkan suasana di Fiesta Hot Air Balloon tapi,disebabkan belon udara panas mulai terbang jam 530 petang,kami tak berkesempatan nak usha lama2 di situ…cik Ah kesedihan kerana kami datang memang nak tengok belon udara panas tu…tp,event tu lambat la pulak start…kami datang naik public transport je,dats why kami x boleh nak berlama2 di situ :(

Tetapi,kami pun puas hati jugak sebab dapat explore dan jalan2 di sekeliling tapak fiesta tu…kira berbaloi-baloi la kami datang jauh2 (jaoh ke?)…huhu…masa mula2 sampai tu,memang matahari tengah tegak atas kepala…apa2 hal,perot kena diisi dulu…baru senang hati maw jalan2..ha3…lepas makan,kami round2 dekat booth yang ada kat situ (sgt byk,okey)… :)

Lepas tu kami jalan2 kat taman…buat pengetahuan semua,taman ini terletak di Monumen Alaf Baru…dekat sini sangat banyak scene cantik…senang cakap, sangat sesuai untuk bergambar…ha3…oleh kerana cik Neia dan cik Nin sangat suka berkoya (FAKTA, bukan auta),kami pun bergambar sakan la kat taman tu…lama jugak la kami cari angle baik punya dan snap2 pic…sampai bateri camera pon jelez kat kami…:p

Seterusnya kami menumpang solat zohor di Masjid Besi.Buat pengetahuan semua,masjid ini x ada air -cond kerana menggunakan khidmat angin sepoi2 bahasa di tepi tasik itu…sangat besar dan cantik ye kwn2…hehe…then,kami menggunakan peluang yang jarang2 kami ada ini untuk menaiki perahu dondang sayang namanya…sekarang tengah ada promosi,so kami dapat naik dengan harga yang murah…kami dibawa berjalan2 atas air pulak…best3

Lebih kurang da petang tu,kami pon bergerak pulang…jugak naik public transport saje…apa2 pun,kami enjoy dgn trip kali ini…lagi2,dapat hang out bersama-sama…hehe…cik Ah rase da cukup panjang post kali ni…harap anda jangan buhsan ye…peace!


kami dlm ERL nie...



pemandangan di Hot Air Balloon Fiesta...x start lg belon udara panas...cuma ada ni je...nmpk kan3?



xtvt waterball

nie la masjid besi :)

kat sini ada tiket bas nadi putra,tiket perahu dondang sayang dan resit ERL...hehe


p/s : jauh perjalanan,luas pandangan~~:)

No comments:

Post a Comment