Tuesday, December 21, 2010

thnx Mr.K!

assalamualaikum...

cik nin sgt sakit hati lately...knape la ade jgk org yg mcm ni kt muka bumi ni...huhuuu...
tp ape yg boleh cik nin buat pon...xde ape2...mak ciknin pon nasehat xyah la lyn sgt...makin dilayan makin ngengade...xpela dh xnk bg, ciknin pon da xnk da...serius ciknin sgt geram dgn perangai dorg 1 ofis! guguuguuuu....ok ciknin try bersabar...tp susah...la..mmg la susah sabar tu...kalo x,xla sabar itu sebahagian dr iman....kn2???ok fine..ciknin anggap ni semua didikan utk ciknin jd makin kuat dan jd org yg lebih sabar di masa akn dtg...thnx mr.K sbb dah bg kerjasama yg "terrrrrbaikk" ni...ohhh,mmg sy xkn lupe spjg hayat "jasa dan budi baik" encik!=)))))

sekian...
ciknin

P/S: ciknin kt umh dan sdg bercuti lg...tu sbb x masuk sem same ngn cik Ah...heee....hrp2 sume ok bile ciknin blk KL next week insyaAllah...=)

Sunday, December 19, 2010

boom boom boom

assalamualaikum,

hye there =)..we meet again..lately,byk post yg kesedihan kan?oh,sbnrnya sy pn x brape suka nak emosi2 ni.adakah ini yang dinamakan kesibukan tahun akhir?(ah,alasan je tuh!)

ada orang cakap pada saya ''enjoy every second of the moment because at the end of the day,those moments yang akan mewarna-warnikan my life'' (AA, 2010).===>writing gaya ukm

today,saya gembira.oleh sebab itulah,ada post baru di sini.(bile sedih saya tulis,bile happy pn nak jugak tulis).hehe.entri ni agak selfish kerana maybe saya seorang saja yg gembira ketika menulis,tetapi orang lain x ade perasaan pn.at least,environment ia berbeda bukan?hak3

jadi,sila tonton video ini agar kita sama-sama gembira. (yeke?)

video ini tiada kene mengena dgn entri =p

attn to cik Nin dan cik Neia, mari kumpul duit bersama-sama.haha

.... "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan)....'' (10:2) ===>tak susah kan nak gembira?

p/s:Sem baru bermula esok.tapi,cik Nin dan cik Neia tak bukak sem sama cik Ah.kenapa?tanya la sama mereka.ngeh3

truly,

cik Ah

Thursday, December 16, 2010

down

assalamualaikum,


''Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam'' (81:29)

sesungguhnya, ALLAH itu Maha Besar

''Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu'' (64:11)

percayalah, ALLAH lebih mengetahui

''dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya'' (2:216)

yakinlah,semuanya adalah terbaik dan paling baik

p/s : cabaran hati dan emosi dan tingkahlaku.bersangka baik adalah jalan keluar


truly,
cik Ah =)